Jam menunjukkan tepat 1 pagi . Aku masih lagi terbaring di atas katilku . Aku berasa sangat penat tetapi tidak tahu kenapa mataku seakan-akan tidak mengantuk lagi walaupun sudah ku menguap berkali-kali. Aku bangun lalu membuka lampu bilik tidurku. Aku mencapai majalah diatas meja dan ku selak helaian majalah tersebut sambil terduduk di atas katil . Sedang aku leka membaca , tiba-tiba wajah jejaka yang ku jumpa petang tadi mucul dalam khayalan ku . Fikiran ku mula kacau . Aku berasa resah . Wajah jejaka tersebut seperti pernah ku lihat sebelum ini . Aku segera menuju ke bilik air untuk mencuci muka dengan harapan supaya bayangan jejaka tersebut hilang. Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi . Aku cepat-cepat mendapatkannya .
"Hello ?" ucapku selepas menekan punat hijau di telefon ku.
"Hmmp , Hello," jawab pemanggil itu . Aku kaget ! Suara itu , suara hangat yang paling ku rindu ..
Siapakah jejaka tersebut ? dan siapa pula yang menelefon aku ? atau kedua-duanya orang yang sama ? Kalau nak tahu , korang sambung sendiri ehh cerita ni mengikut gerak hati korang . PEACE !
8 comments:
mcm sipnosis
sipnosis ? mana adaaa .. ini intro
alaaa, hannah sambung lah teruss
haha tak boleehh , seterusnya rahsia :P sshhhhhh
takpeee, jupe selasa depan! :P
-shamimiR
kalau jumpa pun kenapa ? :O
kalau jumpa pun kenapa ? :O
Post a Comment